Grafik merupakan antara media yang paling utama digunakan bagi memperlihatkan keterampilan, kehebatan dan keberkesanan sesebuah aplikasi multimedia. Secara umumnya, penggunaan grafik sama ada dulu dan sekarang adalah sangat penting untuk seseorang individu atau sesebuah organisasi itu menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej kepada orang ramai.
Sekiranya dahulu, grafik dihasilkan hanya menggunakan kaedah manual seperti penggunaan berus dan kanvas tetapi disebabkan perkembangan teknologi semakin mengalami perubahan yang pesat dari hari ke hari, dunia grafik turut tidak ketinggalan dalam mencapai pembaharuan dari segi teknologinya, sesuai dengan perkembangan zaman dan aliran semasa.
Dengan wujudnya perkembangan teknologi digital, definisi grafik menjadi semakin luas dan ia bukan sahaja merujuk kepada imej yang dilukis tetapi sebaliknya meliputi grafik digital pelbagai format, bentuk dan rekaletak di mana ia mampu memberikan impak yang lebih hebat berbanding grafik konvensional.
0 comments:
Post a Comment