Macromedia Freehand

RPT PM T4 2012

RPT PM T5 2012

Rancangan Pengajaran Harian

Elemen- Elemen Reka Bentuk
Topik Reka Bentuk. Subtopiknya adalah Prinsip Reka Bentuk dan Proses yang terlibat dalam reka bentuk bahan multimedia. Prinsip Reka Bentuk memperihalkan sesuatu hasil multimedia dari beberapa sudut seperti :

•Keseimbangan
•Keseragam
•Kesatuan
•Interaktiviti

Prinsip Keseimbangan
Keseimbangan membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu gambar. Prinsip keseimbangan akan mengawal elemen-elemen untuk menarik perhatian. Keseimbangan boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal. Ia juga boleh mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan atau pun ketenangan.

Prinsip Keseragaman

Prinsip Keseragaman merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat komposisinya. Prinsip ini dapat memberi ilusi yang menarik dan mendorong audiens untuk terus menghayatinya. Prinsip ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

•Visual dihadkan kepada satu idea sahaja
•Mempunyai sedikit elemen
•Lukisan jelas dan terang
•Garisan "outline" ditebalkan


Prinsip Kesatuan
Prinsip Kesatuan ialah perhubungan yang lahir antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu keseleuruhan. Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan. Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak garisan, bentuk2 tertentu, warna dan sebagainya.


Prinsip Interaktiviti
Terdapat 2 jenis Prinsip Interaktiviti dalam multimedia iaitu Interaktivi Sehala ( Linear Interactivity )  dan Interaktiviti Tidak Sehala ( Non-Linear Interactivity ).

1. Interaktiviti Sehala ( Linear Interactivity )
•Tidak membenarkan pengguna mengawal perjalanan isi kandungan multimedia

Contoh perisian persembahan kartun. Pengguna tidak boleh mengawal perisian tersebut

2. Interaktiviti Tidak Sehala ( Non-Linear Interactivity )
•Membenarkan pengguna mengawal perjalanan isi kandungan multimedia

Contoh perisian pengajaran dan pembelajaran ICT. Pengguna boleh mengawal pergerakan persembahan tersebut seperti menghentikan, menutup dan sebagainya.











huraian_pelajaran

Poster
Poster adalah satu bentuk seni komunikasi/ sebagai alat perhubungan dan pengiklanan.
Ia berfungsi sebagai alat pengumuman, pemberitahuan dan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan .

Poster yang berkesan harus menarik perhatian pembaca serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan .

Poster boleh di persembahkan melalui pelbagai cara:
Menggunakan muka taip sahaja / notis
Menggunakan muka taip berserta ilustrasi dalam bentuk lukisan , gambar atau foto.


Cara-cara mencipta poster

Teknik lukisan

Menggunakan pen , pensel , pensel warna dan sebagainya.
Media dan alat : Alat tulis, alat lukisdan sebagainya.

Teknik Catan

Menggunakan cat air , cat poster, cat guac dan sebagainya.
Media dan alat : pewarna , alat lukis dan berus.

Teknik Kolaj

Menampal kertas berwarna warni , keratan akhbar dan majalah , tekstil bercorak dan jalinan.
Media dan alat : Bahan-bahan kutipan yang sesuai , alat lukis dab alat tulis ,gam , gunting , pisau dan berus.

Teknik Cetakan

Dengan cara capan ,mencetak timbul dan benam.
Media dan alat : alat lukis , alat dan bahan yag sesuai mengikut pilihan jenis cetakan atau catan

Teknik Fotomontaj

Dengan cantuman keratan foto berdasarkan tema yang sama
Media dan alat : alat lukis dan alat tulis , gambar foto yang ada kaitan dengan tema , alat pemotong, gam , pewarna , berus dan lain-lain.

Teknik Campuran

Aplikasi pelbagai teknik : Catan dan kolaj , lukisan dan catan , cetakan dan catan.


Proses mencipta poster

  1. Penentuan tema dan tajuk
  2. Mendapatkan maklumat berkaitan dengan tema melalui kajian
  3. Memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan
  4. Membuat beberapa lakaran kasar
  5. Menentukan jenis ilustrasi dan muka taip yang berkesan.
  6. Merancangkan skima warna
  7. Menentukan teknik
  8. Menyediakan alat dan bahan
  9. Memperkembangkan poster mengikut pilihan lakaran , teknik dan media.



Unsur warna dalam gubahan poster

  1. Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam poster .
  2. Penggunaan warna tidak sesuai akan mengakibatkan poster menjadi kurang menarik .
  3. Kajian teliti tentang pilihan warna haruslah dilakukan dengan mempertimbangkan kandungan mesej dan tujuan sesuatu poster.
  4. Latar belakang poster haruslah di catkan dengan warna rata tanpa menu jukkan ton-ton yang berlainan .
  5. Warna yang rata akan menimbulkan kesan yang lebih kuat dan bertenaga.



Ciri-ciri poster yg baik

  1. Mempunyai tema yang tertentu
  2. Mengandungi tajuk yang sesuai dengan tema
  3. Kesesuaian gambar atau ilustrasi dengan tema atau tajuk.
  4. Mesej yang jelas
  5. Daya penarik
  6. Warna dan pilihan muka taip yang berkesan
  7. Penggunaan prinsip rekaan dan unsur seni yang sesuai . Di antara prinsip rekaan yang sesuai digunakan dalam menghasilkan poster iaitu imbangan , kontra , penegasan , pergerakan ( irama )
  8. Gubahan asli dan unik
  9. Mesej mengandungi nilai-nilai moral di samping mencapai tujuan memaklumkan sesuatu.


Grafik merupakan elemen yang paling penting dan memberi penekanaan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat. Merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar untuk diterangkan oleh teks. Membantu mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan serta menjadikan lebih menarik.Grafik dikenali sebagai objek pautan yang selalu dilihat sebagai latar belakang kepada teks. Kualiti projek multimedia bergantung kepada gambar grafik. Di dalam grafik terdapat beberapa format fail seperti bmp, gif, jpg, mac, png dan sebagainya.


5 JENIS GRAFIK :

1) Bitmaps

Gambar yang disimpan sebagai satu set gabungan piksel yang disusun dalam titik grid pada skrin komputer. Selalu digunakan untuk gambar yang realistik dan lukisan yang kompleks. Setiap piksel mempunyai ciri-ciri mendatar, menegak, warna dan kecerahan. Setiap piksel ini disimpan sebagai bit.


Bitmaps boleh dicipta dengan kaedah seperti melakarkan imej menggunakan perisian lukisan, mengimbas gambar bitmap dan muat-turun imej melalui web, imej dalam program lain. Kualiti imej bergantung kepada peleraian imej, bit dan monitor. Perubahan pada saiz imej akan menyebabkan perubahan pada kualiti imej.

2) Vektor

Menyimpan satu set persamaan matematik yang dipanggil algoritma yang menakrifkan lengkungan, garis lurus dan bentuk sesuatu gambar. Boleh mencipta grafik 3 Dimensi. Apabila membesar atau mengecilkan imej tidak akan mengubah kualiti imej. Saiz failnya kecil dan mudah muat-turun daripada internet.

3) Klip Art

Merupakan ilustrasi elektronik yang boleh dimasukkan pada dokumen. Menjimatkan masa dan sesuai digunakan untuk projek multimedia

4) Gambar Digital

Gambar foto, gambar daripada buku boleh didigitalkan seluruhnya dan dipautkan ke dalam projek multimedia

5) Gambar Hiper

Imej yang dijadikan sebagai pemancu untuk dipautkan kepada teks, grafik, sound, atauvideo pada komputer atau alamat web. Mempunyai konsep hiperteks.Pemacu boleh mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza.
Terdapat beberapa perisian grafik iaitu :


1) Paint Program
Membenarkan penciptaan imej bebas, imej di simpan dalam bentuk bitmap dan mudah untuk di edit.

2) Program Ilustrasi / Rekabentuk
Paint program yang lebih baik dengan ciri-ciri tambahan diwujudkan. Imej dismpan dalam bentuk vektor.

3) Perisian Grafik Persembahan
Membenarkan penciptaan carta bar, carta paid an imej untuk tujuan persembahan.

4) Perisian Animasi
Membenarkan proses penyusunan imej secara bersiri untuk menunujukan pergerakan.

5) Perisian CAD
Keperluan kepada arkitek dan jurutera untuk mereka bentuk bangunan dan sebagainya.

6) Penerbitan Atas –Meja
Menyediakan ciri-ciri pemprosesan perkataan yang lengkap dengan kemudahan teksserta grafik untuk penghasilan dokumen, kulit buku, pengiklanan dan sebagainya.



Perisian Grafik




Sesuatu imej yang diperolehi daripada sumber asal contohnya daripada hasil imbasan imej biasanya perlu diubahsuai atau dipinda. Pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan dalam proses pengubahsuaian tersebut bagi menyesuaikan imej dalam bentuk yang sesuai sama ada dalam bentuk grafik atau multimedia. 


Kesemua kerja-kerja pengubahsuaian ini samada daripada sudut saiz, warna, kesan khas, lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukan menggunakan peralatan khas yang disediakan oleh kebanyakkan perisian bahan gubahan.


Namun, adakalanya perisian-perisian khas diperlukan dalam menghasilkan kerja grafik yang berkualiti tinggi. Beberapa cntoh perisian grafik yang biasa digunakan ialah Micrososoft Paint atau Paint Brush, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Corel Draw, Painter 3, Macromedia Freehand, Micrograft Designer dan Autocard.

Grafik merupakan antara media yang paling utama digunakan bagi memperlihatkan keterampilan, kehebatan dan keberkesanan sesebuah aplikasi multimedia. Secara umumnya, penggunaan grafik sama ada dulu dan sekarang adalah sangat penting untuk seseorang individu atau sesebuah organisasi itu menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej kepada orang ramai. 


Sekiranya dahulu, grafik dihasilkan hanya menggunakan kaedah manual seperti penggunaan berus dan kanvas tetapi disebabkan perkembangan teknologi semakin mengalami perubahan yang pesat dari hari ke hari, dunia grafik turut tidak ketinggalan dalam mencapai pembaharuan dari segi teknologinya, sesuai dengan perkembangan zaman dan aliran semasa. 



Dengan wujudnya perkembangan teknologi digital, definisi grafik menjadi semakin luas dan ia bukan sahaja merujuk kepada imej yang dilukis tetapi sebaliknya meliputi grafik digital pelbagai format, bentuk dan rekaletak di mana ia mampu memberikan impak yang lebih hebat berbanding grafik konvensional.

About this blog

Ads 468x60px

Popular Posts

Social Icons

Followers

Powered by Photo Calendar

Featured Posts