Macromedia Freehand

RPT PM T4 2012

RPT PM T5 2012

Rancangan Pengajaran Harian

Elemen- Elemen Reka Bentuk
Topik Reka Bentuk. Subtopiknya adalah Prinsip Reka Bentuk dan Proses yang terlibat dalam reka bentuk bahan multimedia. Prinsip Reka Bentuk memperihalkan sesuatu hasil multimedia dari beberapa sudut seperti :

•Keseimbangan
•Keseragam
•Kesatuan
•Interaktiviti

Prinsip Keseimbangan
Keseimbangan membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu gambar. Prinsip keseimbangan akan mengawal elemen-elemen untuk menarik perhatian. Keseimbangan boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal. Ia juga boleh mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan atau pun ketenangan.

Prinsip Keseragaman

Prinsip Keseragaman merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat komposisinya. Prinsip ini dapat memberi ilusi yang menarik dan mendorong audiens untuk terus menghayatinya. Prinsip ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

•Visual dihadkan kepada satu idea sahaja
•Mempunyai sedikit elemen
•Lukisan jelas dan terang
•Garisan "outline" ditebalkan


Prinsip Kesatuan
Prinsip Kesatuan ialah perhubungan yang lahir antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu keseleuruhan. Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan. Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak garisan, bentuk2 tertentu, warna dan sebagainya.


Prinsip Interaktiviti
Terdapat 2 jenis Prinsip Interaktiviti dalam multimedia iaitu Interaktivi Sehala ( Linear Interactivity )  dan Interaktiviti Tidak Sehala ( Non-Linear Interactivity ).

1. Interaktiviti Sehala ( Linear Interactivity )
•Tidak membenarkan pengguna mengawal perjalanan isi kandungan multimedia

Contoh perisian persembahan kartun. Pengguna tidak boleh mengawal perisian tersebut

2. Interaktiviti Tidak Sehala ( Non-Linear Interactivity )
•Membenarkan pengguna mengawal perjalanan isi kandungan multimedia

Contoh perisian pengajaran dan pembelajaran ICT. Pengguna boleh mengawal pergerakan persembahan tersebut seperti menghentikan, menutup dan sebagainya.











huraian_pelajaran

Poster
Poster adalah satu bentuk seni komunikasi/ sebagai alat perhubungan dan pengiklanan.
Ia berfungsi sebagai alat pengumuman, pemberitahuan dan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan .

Poster yang berkesan harus menarik perhatian pembaca serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan .

Poster boleh di persembahkan melalui pelbagai cara:
Menggunakan muka taip sahaja / notis
Menggunakan muka taip berserta ilustrasi dalam bentuk lukisan , gambar atau foto.


Cara-cara mencipta poster

Teknik lukisan

Menggunakan pen , pensel , pensel warna dan sebagainya.
Media dan alat : Alat tulis, alat lukisdan sebagainya.

Teknik Catan

Menggunakan cat air , cat poster, cat guac dan sebagainya.
Media dan alat : pewarna , alat lukis dan berus.

Teknik Kolaj

Menampal kertas berwarna warni , keratan akhbar dan majalah , tekstil bercorak dan jalinan.
Media dan alat : Bahan-bahan kutipan yang sesuai , alat lukis dab alat tulis ,gam , gunting , pisau dan berus.

Teknik Cetakan

Dengan cara capan ,mencetak timbul dan benam.
Media dan alat : alat lukis , alat dan bahan yag sesuai mengikut pilihan jenis cetakan atau catan

Teknik Fotomontaj

Dengan cantuman keratan foto berdasarkan tema yang sama
Media dan alat : alat lukis dan alat tulis , gambar foto yang ada kaitan dengan tema , alat pemotong, gam , pewarna , berus dan lain-lain.

Teknik Campuran

Aplikasi pelbagai teknik : Catan dan kolaj , lukisan dan catan , cetakan dan catan.


Proses mencipta poster

  1. Penentuan tema dan tajuk
  2. Mendapatkan maklumat berkaitan dengan tema melalui kajian
  3. Memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan
  4. Membuat beberapa lakaran kasar
  5. Menentukan jenis ilustrasi dan muka taip yang berkesan.
  6. Merancangkan skima warna
  7. Menentukan teknik
  8. Menyediakan alat dan bahan
  9. Memperkembangkan poster mengikut pilihan lakaran , teknik dan media.



Unsur warna dalam gubahan poster

  1. Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam poster .
  2. Penggunaan warna tidak sesuai akan mengakibatkan poster menjadi kurang menarik .
  3. Kajian teliti tentang pilihan warna haruslah dilakukan dengan mempertimbangkan kandungan mesej dan tujuan sesuatu poster.
  4. Latar belakang poster haruslah di catkan dengan warna rata tanpa menu jukkan ton-ton yang berlainan .
  5. Warna yang rata akan menimbulkan kesan yang lebih kuat dan bertenaga.



Ciri-ciri poster yg baik

  1. Mempunyai tema yang tertentu
  2. Mengandungi tajuk yang sesuai dengan tema
  3. Kesesuaian gambar atau ilustrasi dengan tema atau tajuk.
  4. Mesej yang jelas
  5. Daya penarik
  6. Warna dan pilihan muka taip yang berkesan
  7. Penggunaan prinsip rekaan dan unsur seni yang sesuai . Di antara prinsip rekaan yang sesuai digunakan dalam menghasilkan poster iaitu imbangan , kontra , penegasan , pergerakan ( irama )
  8. Gubahan asli dan unik
  9. Mesej mengandungi nilai-nilai moral di samping mencapai tujuan memaklumkan sesuatu.

About this blog

Ads 468x60px

Popular Posts

Social Icons

Followers

Powered by Photo Calendar

Featured Posts