Elemen- Elemen Reka Bentuk
Topik Reka Bentuk. Subtopiknya adalah Prinsip Reka Bentuk dan Proses yang terlibat dalam reka bentuk bahan multimedia. Prinsip Reka Bentuk memperihalkan sesuatu hasil multimedia dari beberapa sudut seperti :

•Keseimbangan
•Keseragam
•Kesatuan
•Interaktiviti

Prinsip Keseimbangan
Keseimbangan membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu gambar. Prinsip keseimbangan akan mengawal elemen-elemen untuk menarik perhatian. Keseimbangan boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal. Ia juga boleh mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan atau pun ketenangan.

Prinsip Keseragaman

Prinsip Keseragaman merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat komposisinya. Prinsip ini dapat memberi ilusi yang menarik dan mendorong audiens untuk terus menghayatinya. Prinsip ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

•Visual dihadkan kepada satu idea sahaja
•Mempunyai sedikit elemen
•Lukisan jelas dan terang
•Garisan "outline" ditebalkan


Prinsip Kesatuan
Prinsip Kesatuan ialah perhubungan yang lahir antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu keseleuruhan. Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan. Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak garisan, bentuk2 tertentu, warna dan sebagainya.


Prinsip Interaktiviti
Terdapat 2 jenis Prinsip Interaktiviti dalam multimedia iaitu Interaktivi Sehala ( Linear Interactivity )  dan Interaktiviti Tidak Sehala ( Non-Linear Interactivity ).

1. Interaktiviti Sehala ( Linear Interactivity )
•Tidak membenarkan pengguna mengawal perjalanan isi kandungan multimedia

Contoh perisian persembahan kartun. Pengguna tidak boleh mengawal perisian tersebut

2. Interaktiviti Tidak Sehala ( Non-Linear Interactivity )
•Membenarkan pengguna mengawal perjalanan isi kandungan multimedia

Contoh perisian pengajaran dan pembelajaran ICT. Pengguna boleh mengawal pergerakan persembahan tersebut seperti menghentikan, menutup dan sebagainya.